Friday, 9 March 2012 @ 14:31

assalamualaikum pembaca blog aku . hitung - hitung , masa semakin berlalu . lagi 3 hari aku kena pergi kelantan untuk pemeriksaan seterusnya di Hospital USM kubang kerian . hospital aku dilahirkan . aku kembali ke sana .
apa akan jadi kelak aku sendiri tak tahu . hanya Tuhan yang tahu . 12.32012 , hari Isnin , aku ada temujanji dengan bahagian plastic surgery . mungkin hari isnin tu jugak aku akan didaftarkan untuk masuk ke wad . sebab , aku diberitahu oleh doktor di Hospital Taiping , aku ke Hospital Kelantan untuk membuat pemedahan tampal kulit atau tampal isi , dan aku diserahkan ke bahagian plastic surgery untuk macam mana cara nak sambung tulang kering aku yang patah ni . tu keterangan dari doktor hospital taiping . risau aku . berapa lama pulak aku nak ada dalam wad kat hospital kelantan tu . seriously , aku sebenarnya dah takut nak buat pemedahan , dah takut nak masuk dewan bedah , dah takut nak di cucuk - cucuk ni . sbb aku masih fikirkan bila aku sesak nafas masa pemedahan tengah dilakukan . aku tak nak benda tu berulang lagi . aku hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku . aku serahkan segalanya kepadaNya . ajal ditangan Tuhan . kita tak boleh berbuat apa .  

aku sayang keluarga aku . aku sayang kawan aku , aku sayang girl aku . aku sayang semua orang yang aku kenal . kalau esok , aku tinggalkan korang semua , aku mintak korang maafkan semua kesalahan aku jika aku ada salah dengan korang . aku bangga dapat hidup dalam dunia ni dengan orang yang sentiasa sayang aku .

urm , sejak 2 minggu ni aku hilang selera makan . aku selalu dop sendiri tak bercakap dgn org sangat . badan aku terasa lemah sangat . yee , mungkin badan aku tak cukup darah kot . tidur pon tak nyenyak . aku selalu terbangun bangun . mmg tak boleh tidur lah . ape kena dengan aku pon tak tahu . terasa beban semua ni bagi aku . tapi aku redha dengan semua ni . aku sabar , Allah ingin hapuskan dosa dosa lampau aku . aku tahu , Allah sayang aku . untuk keluarga aku , aman minta maaf jika selama ni aman ada buat salah pada mak , abah , abang dan kakak . harap boleh maafkan segala dosa aman .

maafkan semua kesalahan aku jika aku ada buat salah . 
aku sayang semua orang yang aku kenal dalam dunia ini .
harap kesalahan aku dapat dimaafkan .
assalamualaikum .