PEMBEDAHAN SARAF
Monday, 11 June 2012 @ 15:06

hikhok ! 5.6.2012 aku ade follow up kat hospital USM , Kubang Kerian Kelantan . okeyy , hari ni hari penentuan tarikh pembedahan aku . okeyy , lepas jumpa doctor , doctor cakap nak ''remove external fixator'' . aduss ! gelabah aku doe , external fixator , besi yang cucuk tembus tulang untuk pegang tulang kat kaki aku . yang orang macam macam antena uh . adess , dengan cuak aku pegi masuk bilik 10 untuk buka external . ayah aku dop sebelah katil , pegang kepala aku . bagi kata semangat . aku dah takot gila . lepas tu doctor dengan jururawat lelaki masuk . jururawat tu amik macam spanar T tu then dia buka . masa first dia sentap tu , ya Allah ! aku menjerit la , meleleh air mata aku . time hujung masa skru tu nak keluar paling sakit . menangis tak ingat dahh . dengan orang tengoknyaa . nampak ada serpihan tulang masa cabut external tu  :( lepas buka 5 skru tu , doctor pon simen kaki . doctor tanya nak simen ringan or berat , yang berat percuma , yang ringan kena bayar . aku cakap nak yg ringan , then  doctor guna simen yang ringan warna kuning . lepas tu ayah aku bayar rm135 :D oke tarikh pembedahan aku 4.7.2012 . aku akan masuk wad 1.7.2012 , 4 hari lebih awal sebelum pembedahan untuk doctor stabilkan keadaan . masa pembedahan kali ni agak lama kata doctor . pembedahan dalam 10 hingga 12 jam . serious , aku terkejut bila dengar doctor masa pembedahan . gila lama doctor  ? pembedahan apa yang lama sangat ? doctor nak buat pembedahan pindahan saraf , pindahan tulang , dan kulit . oke serious aku cuak :/ doctor sarankan supaya aku batalkan spm tahun 2012 . dan amik spm tahun 2013 . aku dah bincang dgn family then aku batal spm tahun 2012 . sbb aku akan duduk di wad dalam masa 2 hingga tiga bulan selepas tarikh pembedahan . dan bermaksud , aku puasa dan raya kat hospital la tahun ni . takpe aku redha :) tapi bergantung pada diri aku jugak , kalau aku kuat semangat , cepatlah sembuh . kesimpulan doctor , aku akan boleh jalan macam biasa tanpa tongkat pada tahun 2013 ! oke , harap apa yang doctor cakap tu betol lah :)


                                                    EXTERNAL FIXATOR KAT KAKI

                                                  SIMEN KAT KAKI SEKARANG