BIG OPERATION
oh yaa masa buka wire yang pada hidung aku tu tak sakit pon sebenarnya. cuma rasa ngilu sebab wire tu ditarik sangat panjang. selepas sebulan berada di hospital USM Kelantan, aku dibenarkan pulang. itu pun atas rayuan aku sebab aku dah bosan dan aku rasa aku sudah sihat. Prof Madya Wan Faisham membenarkan aku pulang dengan dibekalkan ubat antibiotik yang perlu dimakan selama sebulan. aku juga perlu datang ke Kelantan selepas sebulan. sehingga sekarang aku masih bersabar menanti kesembuhan. berharap dan berdoa agar aku diberi kesembuhan kembali . AMIN :)
Tuesday, 18 September 2012 @ 15:12
4.7.2012(RABU) tarikh pembedahan aku. doktor akan ambil tulang, saraf dan otot pada kaki kiri aku. aku dengar pon seram. pembedahan aku dilakukan oleh dua pakar iaitu pakar plastik dan tulang. pukul 12 tengah hari aku dibawa dari wad ke dewan bedah. opss sebelum tu aku pegi CT Scan dulu. tahu CT Scan ? alaaa yang masuk terowong tu. sebelum pembedahan, dalam dewan bedah lagi aku dah tak sedar sbb ubat yang aku makan sebelum ke dewan bedah. jadi aku tak sedar doktor tolak aku masuk dalam bilik pembedahan. cerita ni berdasarkan apa yang family dan doktor yang cerita kat aku oke. aku mula dibedah pukul 3petang. doktor beritahu keluarga aku akan keluar dari dewan bedah pukul 12malam.
tetapi pembedahan aku gagal dan aku keluar dari dewan bedah pukul 8pagi hari KHAMIS. pembedahan aku gagal kerana saluran darah aku tidak berfungsi. jadi darah tak sampai ke bawah. masa dekat ICU, aku mengalami bleeding. pendarahan pada kawasan operation. pada pagi tu doktor yang melakukan pembedahan aku gelisah dan risau. doktor berjumpa dengan family aku dan beritahu pihak hospital sudah habis ikhtiar melakukan pembedahan ini. semasa di ICU masalah aku pula adalah tekanan jantung aku mencapai tahap yang tinggi. jadi mak aku kena tanda tangan surat untuk membawa aku kedalam dewan bedah buat kali kedua untuk dibedah semula. aku dibawa masuk semula kedalam dewan bedah pada pukul 10pagi dan keluar pada pukul 2petang. selepas pembedahan aku dimasukkan dalam ICU .
hari jumaat aku dipindahkan ke wad URK. URK unit rawatan kebakaran. wad ni sangat seram. bilik seorang, bising dengan bunyi bunyi alatan komputer. badan aku penuh dengan wayar. aku sedarkan diri dan mula membuka mata pada pagi hari AHAD. aku tak dapat menggerakkan tubuh badan aku. aku menggunakan alat pernafasan. terdapat juga wire yang dicucuk pada lubang hidung aku terus ke perut untuk memasukkan air susu. ada juga line pada leher aku yang dicucuk dan dijahit terus. rasa sangat rimas dan seksa. kaki kiri aku pula terasa sangat berat disebabkan telah disimen supaya tidak tergerak. kaki kanan aku pula dipasang external fixation iaitu besi yang dicucuk pada tulang. dan ada alat pemanasan yang dipasang bagi memanaskan kaki kanan aku. ohh semasa aku sedar pagi ahad tu, aku dapat tengok family aku dan Ana berada diluar tingkap. hanya boleh tengok. lepas tu seorang demi seorang masuk melawat aku dengan memakai baju hijau dan mask. lucu sehh. aku boleh bercakap tapi suara agak garau disebabkan tiub yang dimasukkan kedalam mulut. semasa bercakap aku buang alat pernafasan. dan alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku :) selepas beberapa hari aku dipindahkan pula ke wad pemulihan dan seterusnya aku dibawa ke wad biasa.
oh yaa masa buka wire yang pada hidung aku tu tak sakit pon sebenarnya. cuma rasa ngilu sebab wire tu ditarik sangat panjang. selepas sebulan berada di hospital USM Kelantan, aku dibenarkan pulang. itu pun atas rayuan aku sebab aku dah bosan dan aku rasa aku sudah sihat. Prof Madya Wan Faisham membenarkan aku pulang dengan dibekalkan ubat antibiotik yang perlu dimakan selama sebulan. aku juga perlu datang ke Kelantan selepas sebulan. sehingga sekarang aku masih bersabar menanti kesembuhan. berharap dan berdoa agar aku diberi kesembuhan kembali . AMIN :)