Bantulah Palestin
Mari Membantu Palestin
Allah SWT telah mengurniakan keamanan dan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, janganlah kita lalai kerana salah satu tanah suci kita SEDANG diceroboh dan dicemari penjajah Israel. Semua kekayaan, keamanan dsb yang kita kecapi hari ini akan dipersoalkan Allah SWT diakhirat kelak. Tidak malukah kita dihadapan Allah SWT nanti? Oleh itu saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian untuk menanam azam untuk mederma ke Palestin melalui Aman Palestin sebulan sekali (lebih baik jika lebih kerap). Tidak kiralah RM100, RM50, atau 1 sen sekalipun, dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan darinya. Kenapa 1 bulan 1 kali derma, tidak sekali gus sahaja? Ini untuk melatih diri supaya sentiasa terus-menerus mengingati dan memperjuangkan agama kita dan juga krisis di Palestin. Ingatlah, apabila kita mati, semua harta benda di dunia kita akan tinggalkan. Yang dibawa hanyalah amal jariah.
Kenali Aman Palestin
Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah.
Membina projek yang nyata didalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan disamping menampung keperluan segara yang diperlukan
1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara
4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
5. Merancang aktiviti secara bersepadu
6. Mengajurkan siri-siri forum perbincangan
7. Menerbitkan dan mendedarkan bahan-bahan am
Dermalah ke Amal Palestin, lakukan sesuatuMasukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :
AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787
Bank Muamalat 12070005133717
amanpalestin@yahoo.com
amanpalestin.org
Kemanakah dana tersebut disalurkan?
1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi
Akhir kata :
Projek-projek tersebut memerlukan wang. Kita mungkin tidak mampu berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu untuk membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang ditindas. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Wassalam.
sumber* dermapalestin.blogspot.com
Thursday, 22 November 2012 @ 13:50