Saturday, 1 December 2012 @ 00:51


oke nak cerita pasal popmycase. suatu hari tu kawan aku ada buka web ni dan tunjuk kat aku. bila aku godek tentang popmycase ni aku berminat dengan barang yang mereka buat. hari selasa tadi aku ada tempah satu hard case untuk samsung galaxy note aku. aku buat design sendiri dengan letak gambar aku hihi. syarikat popmycase ni terletak di Shah Alam. selepas aku order case ni pihak popmycase terus call aku untuk confirm pembelian. harga hard case ni mahal jugak lah untuk note. kalau untuk blackberry murah. hihi mungkin sebab note ni besar. aku buat pembayaran menggunakan internet banking melalui cimb cliks. lambat juga proses pembuatan hard case ni. aku tunggu sampai empat hari baru ada maklum balas dari pihak popmycase ini, mereka menghantar email kat aku.


oke itu email yang dihantar oleh pihak popmycase. iaitu makluman yang mereka telah siapkan barang yang aku tempah. dan mereka sudah pon pos melalui pos laju. di situ mereka memberikan tracking number untuk rujukan aku di pos malaysia. 
tak sabar nak tunggu barang tu sampai hihi. oh yaa tu bukan alamat rumah aku. itu alamat pejabat ayah aku. hihi. kalau guna alamat rumah takot surat tak sampai. okayy tunggu entry seterusnya untuk tengok hasil dan gambaran barang yang ditempah :*