Wednesday, 26 December 2012 @ 23:42
semenjak single ni aku banyak habiskan masa dengan keluarga je. cuti ni satu family berkumpul kecuali abang aku nasharuddin sebab dia sibuk. tapi dia bawa jugak kami pusing penang sebab dia tahu selok belok jalan dekat penang. walaupun dah pernah pegi tapi bila pergi dengan family jadi lagi meriah. pergi bukit bendera tapi aku tak naik pon atas sebab aku pun tak sihat sangat. so aku lepak gosip gosip dengan kakak ipar aku kat bawah je. kakak ipar aku pon pregnant sebab tu tak naik. aku suka naik kereta dengan abang aku sebab dia bawa laju pastu ala ala samseng haha. biasa lah orang muda hihi. lagipun naik kereta dia bole smoking, mak aku tak boleh bau asap rokok hihi. naik feri pon tak turun kereta abang aku tak bagi sebab dia cakap nnt goyang jatuh pulak. tak ke dia sayang adik dia tu. hewhew.
selang sehari lepas pergi penang aku dengan family pergi teluk senangin pulak. teluk senangin ni dekat area lumut kot aku pon taktahu nak cakap haha. walaupun tak tidur kat pantai tu sebab homestay chalet penuh tetap seronok walaupun behenti 2-3 jam je. sebab dapat berkumpul ramai ramai. ohh abang aku nas tak ikut sebab dia tak cuti. alhamdulillah jugak aku pun sihat boleh la setakat bertongkat ke pantai tapi tak mandi lah. hihi. lepas tu kami pegi ke bidor tengok tanah. ayah aku nak pencen dan nak siapkan rumah dekat bidor. tak lama lagi boleh pindah bidor lah. hihi.
minggu depan pergi kelantan pulak sekali dengan follow up aku dekat hospital USM Kubang Kerian. harap sangat aku cepat sembuh macam dulu.