Alhamdulillah Semakin Baik
Thursday, 14 March 2013 @ 01:04

10/03/2013 aku ada pemeriksaan dengan pakar tulang dekat hospital USM Kelantan. hari tu memang aku harap simen ni buka terus, sebab aku dapat rasa yang tulang aku semakin kuat. aku buat x-ray lepas tu jumpa doktor. macam biasa doktor akan tanya macam mana keadaan aku. aku dengan yakin jawab yang aku rasa semakin sihat. lepas doktor tengok hasil x-tray aku, dia panggil sorang lagi doktor iaitu doktor pakar/boss. lepas doktor besar tengok hasil x-tray aku, dia putuskan untuk membenarkan aku ''off cast''. aku diberi satu borang untuk dibawa ke bilik nombor 11. bilik nombor 11 adalah bilik untuk kerja kerja cuci luka, buka simen, buka external fixation. oke lepas aku buka simen aku kembali ke bilik sebelum untuk jumpa doktor tadi. aku pun duduk atas kerusi letak kaki di bawah. dengan selamba doktor tampar bahagian lutut aku dan terhentak kaki aku. aku terkejut juga. tapi doktor cakap jangan manjakan sangat kaki, kena biasakan pijak sikit. tapi jalan pijak seratus peratus, cuma acah acah saje pesan doktor kat aku. itu saje aku pun keluar dari bilik doktor.

*buat sempoi dulu sementara tunggu giliran


11/03/2013 untuk hari ni aku ada pemeriksaan dengan pakar plastik/kulit pula. tanpa tunggu giliran yang lama, nombor aku dipanggil. aku masuk kedalam bilik doktor. aku disuruh baring diatas katil. doktor suruh aku buka seluar dan pakai kain hospital. haha. macam orang sakit mental pulak kalau korang tengok aku. aku baring diatas katil yang ditutupi dengan tirai. lepas tu doktor tadi bawa kamera. aku sangkakan nak ambil gambar muka aku yang comel ni. haha. tapi doktor amik gambar kaki aku. terkenal lah kaki aku lepas ni. haaha. lepas tu datang lagi sorang doktor tengok aku. macam selalu dia tanya perkembangan aku. lepas tu datang lagi sorang doktor iaitu doktor besar/boss untuk pakar plastik. dia pesan kat aku supaya jangan terlalu lasak, jangan bawa moto lagi, jangan main bola. sebab ada pesakit yang pernah patah kali kedua sebab main bola. ish ish tak serik orang tu. aku pun dengan yakin jawab ''saya tak lasak doktor, saya duduk kat rumah je tak naik moto dah''. haha. doktor pon puas hati. then aku pakai balik seluar dan selesai. aku akan datang ke hospital USM lagi 75hari.

12/03/2013 hari ni aku balik ke perak. tapi sebelum balik aku kena pegi ke unit fisioterapi di hospital USM Kelantan untuk buat splint. splint ni macam anduh, tapi dibuat daripada pastik. splint ni guna untuk perbetulkan kaki aku di bahagian tapak. sebab tapak kaki aku jatuh dan akan menyebabkan aku susah untuk berjalan nanti. splint ni guna kena pakai bila aku berjalan dan masa aku tidur. bawah ni gambar splint untuk kaki aku.


nampak macam simple kan. tapi benda ni sangat berguna untuk aku. thanks doktor sebab buat yang terbaik untuk aku. dan sekarang aku dah mula belajar berjalan. bila berjalan terasa macam robot pulak. tapi mungkin permulaan sebab aku tak biasa lagi. apa pun aku selamat dan boleh jalan alhamdulillah. doakan aku cepat sembuh yaa. tamat.