Thursday, 18 July 2013 @ 20:49

dah lama tak update blog ni. penuh sawang dah. hari ni aku nak cuci bagi bersih haha. ok sekarang aku dah pindah ke perlis. dulu duduk dekat perak. sekarang di perlis, tempat aku membesar. kawan kawan ramai dekat perlis. kawan baik pun dekat perlis. kawan baik aku namanya Aqil & Arif. aku kenal Arif ni sejak mula mula aku pindah ke perlis. masa darjah 3 lagi aku dah kenal Arif ni. dulu masa kecik kecik main basikal sama sama. haha. denganAqil pulak, aku kenal masa aku masuk sekolah menengah. masa tu aku tingkatan satu. oh lupa, kami bertiga ni sebaya, lahir tahun 1995. bila aku masuk tingkatan 3, aku pergi sekolah lain, tapi dalam perlis juga. tapi kami tetap rapat lagi. tapi bila tamat tingkatan 3, aku pulak pindah ke perak. sampai tamat tingkatan 5. tapi sekarang aku dah pindah perlis balik haha pening cerita aku ni.

aku sendiri tak sangka bila aku balik perlis, Aqil dan Arif ni dah berpecah. tak rapat dah boleh dikatankan macam tak berkawan lagi. mmg tak seronok lah jadi macam ni. masing masing ikut kepala sendiri. sorang macam ni, sorang lagi macam tu. susah lah kan. aku taknak kawan kawan bepecah, tak seronok lah jadi macam tu sebab kami berkawan dah lama.

aku cuba kembalikan hubungan persahabatan yang macam dulu. macam macam aku buat sampai aku terpaksa bohong kedua kedua kawan baik aku ni. tapi untuk kebaikan juga. rupa rupanya kawan kawan ni ada masalah lepas yang tak boleh dilupakan. salah sorang kawan aku ni ada buat salah yang tak boleh dilupakan. tapi aku cakap, sampai bila nak berdendam dengan orang. mmg dia buat salah dulu, tapi dulu, sekarang dia dah ok. dia dah tak macam dulu. semua orang boleh berubah.

akhirnya kami berkawan macam dulu balik. boleh lepak sama sama bertiga. gelak gelak, buat gila bertiga. tapi sebenarnya kami taklah selalu keluar sebab dah dewasa, sampai bila nak lepak buang masa. Arif pulak dah sambung belajar dekat kuala lumpur. Aqil pun sambung belajar tapi dalam perlis. aku sorang je tanam anggur haha. tapi bila sekali kami bertiga jumpa, mesti gempak lah ! haha.



Monday, 22 April 2013 @ 04:09

16 APRIL 2013 - tarikh temu janji di klinik pakar orthopedik John Anantham dekat ipoh perak. aku kena buat pemeriksaan yang rapi dekat klinik ni. pemeriksaan ni juga adalah untuk laporan kegunaan mahkamah. pemeriksaan doktor dekat klinik ni bukannya percuma, ianya berbayar. giliran aku pukul 2 petang, sampai je dekat klinik takyah lama tggu terus masuk bilik doktor. aku terkejut sikit bila doktor ni keluarkan laporan hospital taiping dengan hospital kelantan. laporan doktor taiping mengatakan aku patah 4 bahagian, pinggang kiri, pinggul kanan dan tulang keting (patah dua). aku baru tahu yang tulang pinggang aku pun patah, sebelum ni aku tak diberitahu pun. tapi doktor cakap dah sembuh tulang tu. takpe yang dah sembuh jangan kacau.

lepas tu doktor suruh aku bagi tahu kalau ada sakit kat bahagian mana mana dekat badan. aku pun bagitahu aku sakit dekat pinggul, tempat pembedahan yang dimasukkan besi. doktor catit segalanya. lepas tu doktor suruh aku tukar seluar dengan kain yang disediakan. aku disuruh baring atas katil. doktor dengan pembantu dia mengukur panjang kaki aku. doktor ni ukur juga parut yang ada dekat kaki aku. dan lepas tu dia ambil gambar kaki aku.

doktor suruh aku buat x tray dekat bilik belakang. dengan hanya memakai kain aku bertongkat ke bilik belakang untuk buat x tray. bla bla bla lepas buat x tray aku pakai seluar balik lepas tu tunggu dekat depan ruang menunggu. beberapa minit lepas tu pembantu doktor tu panggil aku, ayah dan mak masuk dalam bilik doktor. didalam doktor menerangkan tentang kesihatan aku.

doktor bagitahu tulang yang disambung takkan jadi sebesar yang asal. hanya cukup cukup untuk menambung berat badan aku. tulang kaki kiri yang dikerat tu pulak tak akan tumbuh balik. kaki sebelah kanan pendek sebanyak 3.5cm. aku tak boleh melakukan kerja kerja yang berat. dannn. .  doktor bagitahu aku dikira . . err tak perlu lah bagitahu. serius sangat sedih. tapi hidup mesti diteruskan. aku tetap rasa diri aku sihat macam dulu. tapi tak lama lagi aku dah boleh buang tongkat dan berjalan macam biasa. berkat doa mak abah yang tak putus putus ni. alhamdulillah.

Alhamdulillah Semakin Baik
Thursday, 14 March 2013 @ 01:04

10/03/2013 aku ada pemeriksaan dengan pakar tulang dekat hospital USM Kelantan. hari tu memang aku harap simen ni buka terus, sebab aku dapat rasa yang tulang aku semakin kuat. aku buat x-ray lepas tu jumpa doktor. macam biasa doktor akan tanya macam mana keadaan aku. aku dengan yakin jawab yang aku rasa semakin sihat. lepas doktor tengok hasil x-tray aku, dia panggil sorang lagi doktor iaitu doktor pakar/boss. lepas doktor besar tengok hasil x-tray aku, dia putuskan untuk membenarkan aku ''off cast''. aku diberi satu borang untuk dibawa ke bilik nombor 11. bilik nombor 11 adalah bilik untuk kerja kerja cuci luka, buka simen, buka external fixation. oke lepas aku buka simen aku kembali ke bilik sebelum untuk jumpa doktor tadi. aku pun duduk atas kerusi letak kaki di bawah. dengan selamba doktor tampar bahagian lutut aku dan terhentak kaki aku. aku terkejut juga. tapi doktor cakap jangan manjakan sangat kaki, kena biasakan pijak sikit. tapi jalan pijak seratus peratus, cuma acah acah saje pesan doktor kat aku. itu saje aku pun keluar dari bilik doktor.

*buat sempoi dulu sementara tunggu giliran


11/03/2013 untuk hari ni aku ada pemeriksaan dengan pakar plastik/kulit pula. tanpa tunggu giliran yang lama, nombor aku dipanggil. aku masuk kedalam bilik doktor. aku disuruh baring diatas katil. doktor suruh aku buka seluar dan pakai kain hospital. haha. macam orang sakit mental pulak kalau korang tengok aku. aku baring diatas katil yang ditutupi dengan tirai. lepas tu doktor tadi bawa kamera. aku sangkakan nak ambil gambar muka aku yang comel ni. haha. tapi doktor amik gambar kaki aku. terkenal lah kaki aku lepas ni. haaha. lepas tu datang lagi sorang doktor tengok aku. macam selalu dia tanya perkembangan aku. lepas tu datang lagi sorang doktor iaitu doktor besar/boss untuk pakar plastik. dia pesan kat aku supaya jangan terlalu lasak, jangan bawa moto lagi, jangan main bola. sebab ada pesakit yang pernah patah kali kedua sebab main bola. ish ish tak serik orang tu. aku pun dengan yakin jawab ''saya tak lasak doktor, saya duduk kat rumah je tak naik moto dah''. haha. doktor pon puas hati. then aku pakai balik seluar dan selesai. aku akan datang ke hospital USM lagi 75hari.

12/03/2013 hari ni aku balik ke perak. tapi sebelum balik aku kena pegi ke unit fisioterapi di hospital USM Kelantan untuk buat splint. splint ni macam anduh, tapi dibuat daripada pastik. splint ni guna untuk perbetulkan kaki aku di bahagian tapak. sebab tapak kaki aku jatuh dan akan menyebabkan aku susah untuk berjalan nanti. splint ni guna kena pakai bila aku berjalan dan masa aku tidur. bawah ni gambar splint untuk kaki aku.


nampak macam simple kan. tapi benda ni sangat berguna untuk aku. thanks doktor sebab buat yang terbaik untuk aku. dan sekarang aku dah mula belajar berjalan. bila berjalan terasa macam robot pulak. tapi mungkin permulaan sebab aku tak biasa lagi. apa pun aku selamat dan boleh jalan alhamdulillah. doakan aku cepat sembuh yaa. tamat.


Saturday, 26 January 2013 @ 01:02

Tak lama lagi ayah aku dah nak pencen. Tak lama lagi lepas buat rumah baru aku pindah la pulak. Tak duduk dah la dekat Selama Perak. Pindah dalam Perak jugak. Dekat Bidor, area Tapah. Tapi rumah baru ni istimewa sikit sebab ayah aku bagi peluang kat aku guna kemahiran aku yang ada, tapi aku tak pandai sangat. Aku pun cuba je. Ayah aku suruh buat pelan lantai untuk rumah baru ni.  Mak aku cuma buat lakaran atas kertas untuk ruang ruang dalam rumah baru tu. Aku buat dalam komputer. Tapi lebih mencabar sebab ayah aku nak ukuran sebenar sebuah rumah. Jadi aku buat ikut kaki. Bukan main bedal je panjang pendek. Size  bilik besar mana, size dapur, size ruang tamu, saiz bilik air. Ini hasil pelan lantai yang aku buat.


Rumah ni buat lima bilik tidur sama size semua. 3 bilik air. Bilik air depan size besar sikit buat. Ini cuma pelan lantai tak termasuk dengan ruang letak kereta. Aku tak buat ruang tempat letak kereta sebab tak pandai nak reka bentuk. hihi. Pelan ni ayah aku suka sangat sebab nampak kemas. Pandai mak aku buat susunan. 

Lepas buat pelan lantai. Aku jadi berminat nak buat pelan 3D. Pelan 3D ni bentuk dalaman rumah pulak, yang ni pelan lantai pandangan dari atas. Aku pun cuba buat pelan 3D. Pelan 3D ni pun aku buat ikut ukuran sebenar rumah. Ikut ukuran kaki. Ini hasil pelan 3D rumah yang aku snapshot.


 PANDANGAN DARI DEPAN RUMAH KE DALAM RUMAH


PANDANGAN DARI TANDAS UTAMA KE RUANG KELUARGA


PANDANGAN RUANG MAKAN DAN PINTU DAPUR


PANDANGAN RUANG KELUARGA DAN BILIK

Ini lah hasilnya. Harap rumah baru ni dibina mengikut pelan ni. Hihi. Aminnn <3





Wednesday, 26 December 2012 @ 23:42

semenjak single ni aku banyak habiskan masa dengan keluarga je. cuti ni satu family berkumpul kecuali abang aku nasharuddin sebab dia sibuk. tapi dia bawa jugak kami pusing penang sebab dia tahu selok belok jalan dekat penang. walaupun dah pernah pegi tapi bila pergi dengan family jadi lagi meriah. pergi bukit bendera tapi aku tak naik pon atas sebab aku pun tak sihat sangat. so aku lepak gosip gosip dengan kakak ipar aku kat bawah je. kakak ipar aku pon pregnant sebab tu tak naik. aku suka naik kereta dengan abang aku sebab dia bawa laju pastu ala ala samseng haha. biasa lah orang muda hihi. lagipun naik kereta dia bole smoking, mak aku tak boleh bau asap rokok hihi. naik feri pon tak turun kereta abang aku tak bagi sebab dia cakap nnt goyang jatuh pulak. tak ke dia sayang adik dia tu. hewhew.




selang sehari lepas pergi penang aku dengan family pergi teluk senangin pulak. teluk senangin ni dekat area lumut kot aku pon taktahu nak cakap haha. walaupun tak tidur kat pantai tu sebab homestay chalet penuh tetap seronok walaupun behenti 2-3 jam je. sebab dapat berkumpul ramai ramai. ohh abang aku nas tak ikut sebab dia tak cuti. alhamdulillah jugak aku pun sihat boleh la setakat bertongkat ke pantai tapi tak mandi lah. hihi. lepas tu kami pegi ke bidor tengok tanah. ayah aku nak pencen dan nak siapkan rumah dekat bidor. tak lama lagi boleh pindah bidor lah. hihi. 





minggu depan pergi kelantan pulak sekali dengan follow up aku dekat hospital USM Kubang Kerian. harap sangat aku cepat sembuh macam dulu.



Saturday, 1 December 2012 @ 00:51


oke nak cerita pasal popmycase. suatu hari tu kawan aku ada buka web ni dan tunjuk kat aku. bila aku godek tentang popmycase ni aku berminat dengan barang yang mereka buat. hari selasa tadi aku ada tempah satu hard case untuk samsung galaxy note aku. aku buat design sendiri dengan letak gambar aku hihi. syarikat popmycase ni terletak di Shah Alam. selepas aku order case ni pihak popmycase terus call aku untuk confirm pembelian. harga hard case ni mahal jugak lah untuk note. kalau untuk blackberry murah. hihi mungkin sebab note ni besar. aku buat pembayaran menggunakan internet banking melalui cimb cliks. lambat juga proses pembuatan hard case ni. aku tunggu sampai empat hari baru ada maklum balas dari pihak popmycase ini, mereka menghantar email kat aku.


oke itu email yang dihantar oleh pihak popmycase. iaitu makluman yang mereka telah siapkan barang yang aku tempah. dan mereka sudah pon pos melalui pos laju. di situ mereka memberikan tracking number untuk rujukan aku di pos malaysia. 
tak sabar nak tunggu barang tu sampai hihi. oh yaa tu bukan alamat rumah aku. itu alamat pejabat ayah aku. hihi. kalau guna alamat rumah takot surat tak sampai. okayy tunggu entry seterusnya untuk tengok hasil dan gambaran barang yang ditempah :* 



Thursday, 29 November 2012 @ 17:24

baru baru ni aman ada follow up di Hospital USM Kelantan. ingatkan itu follow up yang terakhir sebab harap dapat tukar ke Local Hospital. Tapi tak dapat tukar lagi sebab pihak hospital belum lagi membenarkan aman tukar ke hospital lain berikutan tulang aman belum sembuh dan mereka ingin memegang kes aman lagi. Bila jumpa dengan doktor pakar tulang, dia beritahu yang dia tidak berpuas hati dengan keputusan X-Ray sebab tulang belum betol betol membesar. Doktor memberitahu tulang aman sekarang ibarat kembarkan penumbuk dan letak pen ditengah tengah. hanya sebesar itu tulang yang di sambung. Perlu masa untuk tulang tu gemok kembali. Tapi doktor hanya benarkan tukar simen yang pendek sikit. Sebelum ni aman pakai simen dari tapak kaki hingga atas sedikit lutut. Jadi lutut memang tak gerak lah. Masa simen buka aman ada ambil gambar keadaan kaki aman. Lagipun doktor yang buka tu ramah pulak sampai dia cakap boleh nak rakam pon takpa. Haha.


mesti seram kan tengok. serious aman pon takot dan geli sebenarnya. yang timbul tu sebenarnya bahagian tulang yang disambung. tulang tu diambil dari kaki kiri aman. ada nampak macam tampal tampal kan ? itu isi dari kaki kiri aman dan ditampal di kaki kanan. yang putih putih tu doktor sapu ubat antibiotik untuk halang daripada dijangkiti kuman. lepas tu kaki aman disimen balik tetapi hanya simen sampai bawah lutut. jadi lutut dah boleh lipat. simen kali ni warna merah. hihi sebelum ni dah pernah pakai warna kuning dan biru.


ni gambar aman dengan mak aman hihi. okay aman tak pakai tongkat sebab tempat ramai orang. nnt kalau orang langgar kan patah lagi. sudah cukup sudah lah patah yang sekarang. nampak sikit tu simen yang aman pakai warna merah. oh kenapa simen aman bewarna ya ? aman guna fiber cast yang berbayar. hihi. jadi simen ni ringan dan tak gatal. okayy tunggu perkembangan seterusnya nanti. next follow up aman 13.1.2013. 
Assalamualaikum :D


Bantulah Palestin
Thursday, 22 November 2012 @ 13:50


Mari Membantu Palestin

Allah SWT telah mengurniakan keamanan dan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat Malaysia. Namun begitu, janganlah kita lalai kerana salah satu tanah suci kita SEDANG diceroboh dan dicemari penjajah Israel. Semua kekayaan, keamanan dsb yang kita kecapi hari ini akan dipersoalkan Allah SWT diakhirat kelak. Tidak malukah kita dihadapan Allah SWT nanti? Oleh itu saya menyeru diri saya dan saudara saudari sekalian untuk menanam azam untuk mederma ke Palestin melalui Aman Palestin sebulan sekali (lebih baik jika lebih kerap). Tidak kiralah RM100, RM50, atau 1 sen sekalipun, dengan hati yang ikhlas, InsyaAllah kita akan mendapat keberkatan darinya. Kenapa 1 bulan 1 kali derma, tidak sekali gus sahaja? Ini untuk melatih diri supaya sentiasa terus-menerus mengingati dan memperjuangkan agama kita dan juga krisis di Palestin. Ingatlah, apabila kita mati, semua harta benda di dunia kita akan tinggalkan. Yang dibawa hanyalah amal jariah.

Kenali Aman Palestin

Menerapkan kesedaran dan keinsafan dalam hati diri umat Islam di Malaysia untuk membantu saudara mereka di Palestin sebagai satu ummah yang berukhwah.

Membina projek yang nyata didalam pelbagai bidang di bumi Palestin untuk membantu mereka membina masa depan dan meneruskan kehidupan disamping menampung keperluan segara yang diperlukan

1. Memberikan kesedaran masyarakat berkaitan isu Palestin.
2. Mendapatkan dan mengumpulkan dana serta menyalurkan bantuan
3. Menjalinkan hubungan dengan badan-badan kemanusiaan dalam dan luar negara
4. Bekerjasama dengan badan-badan kerajaan dan NGO
5. Merancang aktiviti secara bersepadu
6. Mengajurkan siri-siri forum perbincangan
7. Menerbitkan dan mendedarkan bahan-bahan am

Dermalah ke Amal Palestin, lakukan sesuatuMasukkan sumbangan dan derma ke dalam akaun bank :

AMAN PALESTIN BERHAD
Bank Islam 12029010047880
MayBank 562263010787 
Bank Muamalat 12070005133717

amanpalestin@yahoo.com 
amanpalestin.org


Kemanakah dana tersebut disalurkan?

1. Pembinaan rumah anak-anak yatim Palesin
2. Bantuan sara hidup yatim Palestin
3. Bantuan pelajaran pelajar-pelajar Palestin
4. Projek pembiayaan keluarga miskin Palestin
5. Projek pertanian sara diri di Nablus
6. Projek berbuka puasa
7. Bantuan perubatan Palestin
8. Projek Qurban Aidil Adha Palestin
9. Bantuan Hari Raya
10. Projek Ambulans bagi Klinik Hamzah
11. Projek pusat kegiatan anak-anak yatim
12. Dan bermacam-macam lagi


Akhir kata :
Projek-projek tersebut memerlukan wang. Kita mungkin tidak mampu berjihad mengangkat senjata namun kita masih mempunyai kekuatan dari segi kewangan dsb. Marilah kita menggunakan apa saja yang termampu untuk membantu saudara Islam kita di sana. Tanamkan disiplin didalam membantu saudara-saudara kita disana dan berusahalah dalam mengajak saudara-saudara kita yang lain untuk membantu umat Islam Palestin yang ditindas. Semoga kita mendapat hidayah dan keberkatan dari Allah SWT. Wassalam.












sumber* dermapalestin.blogspot.com


Note Milikku
Monday, 12 November 2012 @ 14:35

cerita kali ni tentang cerita aku mendapatkan apa yang aku idamkan selama ni. hari sabtu ayah aku nak pergi ke bagan dato awal pagi dalam pukul 10 pagi. hari sabtu tu aku sengaja bangun awal sebab aku nak bodek ayah aku. hihi. dalam tangan aku cuma ada RM1000, aku nak beli barang tu dalam RM1600 mungkin. pagi sabtu tu aku cakap kat ayah aku yang aku nak beli barang tu. ayah aku tahu harga barang tu tapi dia tak tahu aku ada berapa RM di tangan. tiba tiba ayah aku boleh tanya berapa aku nak pakai duit. mula ayah aku nak bagi RM1500. tapi disebabkan aku rasa terlalu banyak aku cuma ambil RM1000 dari ayah aku. okayy now dalam tangan dah ada RM2000 cukup. hihihi. pukul 1 petang aku dengan kawan aku keluar ke taiping. okayy kami terus pergi naik ke Taiping Central. lebih dari 4 kedai kami tengok. semua kedai dengan harga masing masing yang berlainan. akhir sekali kami pergi kepada kedai yang paling murah yang menawarkan harga RM1650. aku terus angkat barang tu. tunggu beberapa lama untuk amoii tu update software. aku diberi 3 hadiah percuma. hihi. akhirnyaa barang itu menjadi milik aku. barang apa yee ? yeahhh 
SAMSUNG GALAXY NOTE


blackberry pon aku guna jugak. bukan nak berlagak, tapi dah teringin nak merasa kan. bila ada duit beli jela. hihi <3


Thursday, 25 October 2012 @ 09:20

bila bercinta aku bosan. bila tiada cinta aku sunyi.
sekarang aku terasa sangat sunyi.
salah aku sendiri lari dari cinta yang tulus yang telah aku miliki dulu.
aku bukan minta simpati, tetapi disini aku meluahkan rasa dalam hati.
hidup aku macam sudah mati.
apa yang aku sangkakan selama ini ternyata salah.
aku tidak akan dapat membahagiakan seseorang dalam sebuah hubungan yang di panggil cinta.
sekarang aku lemah dalam bercinta.
dan aku akan mudah jemu bila bercinta.
aku memerlukan seseorang yang memahami situasi aku sekarang.
sekarang aku tenggelam dan akan hanyut.
seseorang diperlukan untuk aku timbul kembali.
sekarang aku sedih.
atau aku mungkin belajar untuk hidup tanpa kekasih.
#END

BIG OPERATION
Tuesday, 18 September 2012 @ 15:12

4.7.2012(RABU) tarikh pembedahan aku. doktor akan ambil tulang, saraf dan otot pada kaki kiri aku. aku dengar pon seram. pembedahan aku dilakukan oleh dua pakar iaitu pakar plastik dan tulang. pukul 12 tengah hari aku dibawa dari wad ke dewan bedah. opss sebelum tu aku pegi CT Scan dulu. tahu CT Scan ? alaaa yang masuk terowong tu. sebelum pembedahan, dalam dewan bedah lagi aku dah tak sedar sbb ubat yang aku makan sebelum ke dewan bedah. jadi aku tak sedar doktor tolak aku masuk dalam bilik pembedahan. cerita ni berdasarkan apa yang family dan doktor yang cerita kat aku oke. aku mula dibedah pukul 3petang. doktor beritahu keluarga aku akan keluar dari dewan bedah pukul 12malam. 

tetapi pembedahan aku gagal dan aku keluar dari dewan bedah pukul 8pagi hari KHAMIS. pembedahan aku gagal kerana saluran darah aku tidak berfungsi. jadi darah tak sampai ke bawah. masa dekat ICU, aku mengalami bleeding. pendarahan pada kawasan operation. pada pagi tu doktor yang melakukan pembedahan aku gelisah dan risau. doktor berjumpa dengan family aku dan beritahu pihak hospital sudah habis ikhtiar melakukan pembedahan ini. semasa di ICU masalah aku pula adalah tekanan jantung aku mencapai tahap yang tinggi.  jadi mak aku kena tanda tangan surat untuk membawa aku kedalam dewan bedah buat kali kedua untuk dibedah semula. aku dibawa masuk semula kedalam dewan bedah pada pukul 10pagi dan keluar pada pukul 2petang. selepas pembedahan aku dimasukkan dalam ICU . 



hari jumaat aku dipindahkan ke wad URK. URK unit rawatan kebakaran. wad ni sangat seram. bilik seorang, bising dengan bunyi bunyi alatan komputer. badan aku penuh dengan wayar. aku sedarkan diri dan mula membuka mata pada pagi hari AHAD. aku tak dapat menggerakkan tubuh badan aku. aku menggunakan alat pernafasan. terdapat juga wire yang dicucuk pada lubang hidung aku terus ke perut untuk memasukkan air susu. ada juga  line pada leher aku yang dicucuk dan dijahit terus. rasa sangat rimas dan seksa. kaki kiri aku pula terasa sangat berat disebabkan telah disimen supaya tidak tergerak. kaki kanan aku pula dipasang external fixation iaitu besi yang dicucuk pada tulang. dan ada alat pemanasan yang dipasang bagi memanaskan kaki kanan aku. ohh semasa aku sedar pagi ahad tu, aku dapat tengok family aku dan Ana berada diluar tingkap. hanya boleh tengok. lepas tu seorang demi seorang masuk melawat aku dengan memakai baju hijau dan mask. lucu sehh. aku boleh bercakap tapi suara agak garau disebabkan tiub yang dimasukkan kedalam mulut. semasa bercakap aku buang alat pernafasan. dan alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku :) selepas beberapa hari aku dipindahkan pula ke wad pemulihan dan seterusnya aku dibawa ke wad biasa. 





oh yaa masa buka wire yang pada hidung aku tu tak sakit pon sebenarnya. cuma rasa ngilu sebab wire tu ditarik sangat panjang. selepas sebulan berada di hospital USM Kelantan, aku dibenarkan pulang. itu pun atas rayuan aku sebab aku dah bosan dan aku rasa aku sudah sihat. Prof Madya Wan Faisham membenarkan aku pulang dengan dibekalkan ubat antibiotik yang perlu dimakan selama sebulan. aku juga perlu datang ke Kelantan selepas sebulan. sehingga sekarang aku masih bersabar menanti kesembuhan. berharap dan berdoa agar aku diberi kesembuhan kembali . AMIN :)


MY BELOVED FAMILY
Tuesday, 12 June 2012 @ 01:17

MY BELOVED FAMILY

KHARAY BIN LASA

ayah aku , Kharay bin Lasa . dah tua pon , umur dah 55 tahun tak silap aku :D tapi nampak muda dan kuat lagi tu :D ayah aku kerja kat perak . ayah aku pegawai lktn . lembaga kenaf & tembakau negara :) ayah aku garang . tapi sporting :) ayah aku selalu tak banyak masa untuk family . kecuali sabtu ahad , tu pon kalau takde kerja luar . kay , aku sayang ayah aku <3

UMI KALSOM BINTI SALLEH

mak aku . umur mak aku 54 kalau tak silap :D mak aku garang jugak . tapi garang ada sebab la kalau buat salah ke apa . mak aku tak kerja pon . suri rumah sepenuh masa :) habiskan masa dengan aku . aku selalu jejalan dengan mak aku , sbb mak aku ada masa bnyk . tak macam ayah aku :) mak aku jugak bnyk berjasa , jaga aku kat hospital sebulan lamanya :) sayang mak :*


kakak aku . adik beradik sulong dalam keluarga . umur kakak aku dah nak masuk 31 tak silap . baru bertunang . dan nak kawen hujung tahun ni mungkin :) kakak aku kerja kat PPK , pertubuhan peladang kawasan batu kurau , perak :) aku tataw kakak aku pegang jawatan apa :3 kakak aku isnin sampai jumaat susah nak ada masa . ada pon 1 jam :) kecuali sabtu dan ahad , nak pergi mana dia on je :D selalu bawak jalan jalan . kekadang aku selalu gadoh dengan dia . tapi gadoh adik beradik je kan :)


abang aku . adik beradik yang ke dua dalam keluarga :) umur abang aku 26 tahun . baru je berkahwin 2.6.2012 dengan orang kelantan :) abang aku dulu kerja kat oversea . kerja kat Doha , Qatar . dia kerja kat doha 3 tahun tak silap . aku tak tahu ape pangkat dia kat sana . tapi dia jaga syarikat minyak yang aku tahu . then skrg abang aku dah balik malaysia dan kerja kat putrajaya :) dia baik sangat . tak berkira pon :) suatu hari nanti aku nak berjaya macam dia :D


abang aku yang ke dua . dia yang isap rokok tuh . umur dia 20 tahun . study kat AUCMS penang . sekarang praktikal sebagai orang farmasi :D okeyy tengok muka dah tahu watak dia . seorang yang ganas , bengis . tak tahu sabar . tak reti selesaikan masalah dengan baik . hanya tahu kekerasan saja . oke aku sangat takut dengan dia . sbb aku dah tak larat kena belasah dengan dia . tapi dia banyak selesaikan banyak masalah aku . apa masalah aku akan bgtahu dia . sbb dia tolong aku . tu tanda dia sayang adik dia :) aku bangga jugak dapat abang macam dia :D



PEMBEDAHAN SARAF
Monday, 11 June 2012 @ 15:06

hikhok ! 5.6.2012 aku ade follow up kat hospital USM , Kubang Kerian Kelantan . okeyy , hari ni hari penentuan tarikh pembedahan aku . okeyy , lepas jumpa doctor , doctor cakap nak ''remove external fixator'' . aduss ! gelabah aku doe , external fixator , besi yang cucuk tembus tulang untuk pegang tulang kat kaki aku . yang orang macam macam antena uh . adess , dengan cuak aku pegi masuk bilik 10 untuk buka external . ayah aku dop sebelah katil , pegang kepala aku . bagi kata semangat . aku dah takot gila . lepas tu doctor dengan jururawat lelaki masuk . jururawat tu amik macam spanar T tu then dia buka . masa first dia sentap tu , ya Allah ! aku menjerit la , meleleh air mata aku . time hujung masa skru tu nak keluar paling sakit . menangis tak ingat dahh . dengan orang tengoknyaa . nampak ada serpihan tulang masa cabut external tu  :( lepas buka 5 skru tu , doctor pon simen kaki . doctor tanya nak simen ringan or berat , yang berat percuma , yang ringan kena bayar . aku cakap nak yg ringan , then  doctor guna simen yang ringan warna kuning . lepas tu ayah aku bayar rm135 :D oke tarikh pembedahan aku 4.7.2012 . aku akan masuk wad 1.7.2012 , 4 hari lebih awal sebelum pembedahan untuk doctor stabilkan keadaan . masa pembedahan kali ni agak lama kata doctor . pembedahan dalam 10 hingga 12 jam . serious , aku terkejut bila dengar doctor masa pembedahan . gila lama doctor  ? pembedahan apa yang lama sangat ? doctor nak buat pembedahan pindahan saraf , pindahan tulang , dan kulit . oke serious aku cuak :/ doctor sarankan supaya aku batalkan spm tahun 2012 . dan amik spm tahun 2013 . aku dah bincang dgn family then aku batal spm tahun 2012 . sbb aku akan duduk di wad dalam masa 2 hingga tiga bulan selepas tarikh pembedahan . dan bermaksud , aku puasa dan raya kat hospital la tahun ni . takpe aku redha :) tapi bergantung pada diri aku jugak , kalau aku kuat semangat , cepatlah sembuh . kesimpulan doctor , aku akan boleh jalan macam biasa tanpa tongkat pada tahun 2013 ! oke , harap apa yang doctor cakap tu betol lah :)


                                                    EXTERNAL FIXATOR KAT KAKI

                                                  SIMEN KAT KAKI SEKARANG


Tuesday, 29 May 2012 @ 15:41

hari sabtu lepas aku kawan aku aqil dari perlis datang rumah aku kat perak . walaupun sekejap tapi best . dia sampai rumah aku dalam pukul 9 malam . jumpe je aku teros pelok dia , maklum lama tak jumpa :) oke kami sembang dalam rumah sampai pukul 10 , then rancang nak keluar lepak dengan kawan kawan aku kat perak ni . pukul 11 aku dengan aqil keluar pegi rumah kawan kepada Go Backz :3 kami lepak kat rumah dia sampai pukul 1 pagi . last izzat cakap dia dah pening gila nak balik , aku dengan aqil pon anta dia balik . then boring , aku ajak aqil pegi parit buntar . lepas amik amirul aizat dengan nizam , kami gerak . adess , ada roadblock pulak kat depan caltex selama hahaha . patah balik la , kami pegi taiping . seram jugak la pegi taiping pukul 1 pagi lebih huhu . sampai je kat area kamunting tu , mat rempit punya ramai ohh . kami pon tgok la diorang race , sambil tu , kami amik gambar kenangan :D lepak kat situ sampai pukul 3.30 pagi . sbb pukul 3 pagi polis masuk serbu , kami masuk dalam kereta la matikan diri haha . cuak jugak . then kami terus balik , kami sampai rumah dalam pukul 4,30 pagi . mmg tak tidur lahh . pukul 7 pagi kawan aku aqil dah gerak balik perlis . sedih sedih :'/





Monday, 7 May 2012 @ 16:31

heyyooo . dah empat bulan aku cuti panjang neyy . tak pegi sekolah ohh . pagi pagi tak payah nak bangun awal mandi sejuk sejuk nak pergi sekolah . hoho . aku tak fikir nak sekolah pulak . dah la tahun ni aku nak SPM . memang hancur la SPM aku . tapi aku amik lagi tahun 2012 . hoho . empat bulan masa yang panjang ohh . rindu baju sekolah aku . seluar sekolah . baru pakai sehari jea pegi sekolah . huhu . masih barkilat lagi seluar hijau aku :D hoho . 


rambut aku pon dah panjang pon . tak sekola kan , buat apa nak potong . bila nak sekolah nanti aku gunting la rambut . pendek teruss ! hoho . ohhh yang sebelah aku tuh kawan baik aku , nama dia Nizam . tapi aku panggil dia Paktam je . taktahu sbb apa nama dia paktam . sbb dia hitam kot . tapi dia cakap , muka hitam tapi sweet :P hoho . sudah la , nak lepak dengan diorang dah neyy . nnt aku story lagi okeyy :) bubye <3 <3

Friday, 13 April 2012 @ 11:51

bila fikir , ingat balik . rasa mcm sial pulak bila pindah kat perak . sebab dah 3 kali kemalangan kat sini . pelik pelik . first kemalangan kereta , ayah aku , mak aku dan aku . kami dari melaka nak balik perak . sampai kat RTBK Selama, Perak . kami langgar lembu kat jalan . nasib cedera ringan je . mak aku , mulut masuk kaca , ayah aku lebam tangan sbb kaki lembu tu masuk dalam kereta . aku cuma berdarah hidung dengan pening2 sbb terhantuk kat kerusi . habis kereta , dah baru beli 6 bulan je . tarikh kemalangan tak ingat pulak , tapi awal bulan 1 tahun 2011 . pukul 8.45 malam ni .


yang kedua ni pulak . Nasharuddin pulak , abang aku . kemalangan kat Selama Perak jugak . 2 Mei 2011 . abang aku langgar moto sesama moto . orang yang abang aku langgar patah kaki kot . abang aku luka luka je . kemalangan malam jugak , masa tak jauh beza pon , dalam pukul 8.30 malam . 


5 Januari 2012 aku sendiri kemalangan . kat pekan Selama , Perak teruss . malam jugak . pukul 8.40 . kemalangan yang palik terok jugak la . aku kena langgar dengan kereta . puass kann . sampai sekarang aku sakit . patah kaki aku .



kakak aku pon ada jugak kemalangan kat sini . tapi tak terok , takde cedera cedera . cuma kereta jelahh kemek kemek . tu orang langgar dia . tapi takde pulak aku amik gambar . kesian kan . apalahhh nak jadi .


Saturday, 31 March 2012 @ 20:57

sekarang dah makin sehat . semakin hari semakin kuat badan aku ni . makan pon dah bnyk skrg , ada perubahan la kat badan aku ni , semakin berisi sedikit . hehe . dekat sebulan dah ni kat hospital kelantan . otak asyik fikir rumah je . hati nak balik nak balik . dop hospital tak seronok dahh , tiap tiap hari kena tukar jarum , sampai tada urat dah nak cucuk . uishh , seksa ohh . 



tengok tu . muka tak macam orang sakit pon . macam orang yang sehat . hehe . cuma rambut je serabot banyak . alaaa kat hospital je pon . lgpn tada sapa nak ngorat orang sakit mcm aku ni aih . haha . aihh , bukan nak bangga laa , tp muka aku putih lerr . HAHA . okayy sekarang aku rehat rehat tunggu tarikh nak buat pembedahan kulit . doktor cakap nak tunggu kuman kat tulang tu betol betol hilang dulu . bila tahun la nk hilang . takpe , aku sabar menanti . lepas pembedahan kulit , boleh balik la dulu . tulang yang patah dikemudiankan doktor cakap . sbb tulang tu bukan patah , tapi sudah renggang sepanjang 6CM kot . kena tggu tulang tu tumbuh dulu . apa pon aku ikot je doktor nak buat apa pon buat la . janji aku normal ! okayy BYE .

Monday, 26 March 2012 @ 21:57

assalamualaikum reader . cerita panass . terkejut jugak aku bila tahu benda ni . tapi aku tahu bukan dari mulut doktor , tapi dari hasil x-tray yang aku tgok sendiri tadi . tengah aku dop baring atas katil , datang la sorang pelajar USM tahun 4 kat aku . mula mula dia sembang dengan aku biasa ja , tanya macam mana boleh xcident bla bla bla bla  . lepastu dia minta nak tgok luka , aku bagi la , lgpn luka aku tak balut lagi masa tu . lepas tgok dia minta izin nak ambil gambar luka aku , pastu aku bagi jelaa . dia bagitahu yang dia ada tugasan then amik aku sebagai mangsa . haha . last dia pegi kat komputer untuk tengok x-ray online aku punya tulang . bila dia buka gambar x-ray tulang fibula dengan tibia aku berbeza selepas dan sebelum operation . nak pastikan lagi , aku tanya abang pelajar tu pasal x-ray tu . tengok punya tgok baru dia perasan yang tulang fibula patah . mmg jelas kesan patah , bukan kesan potong . setahu aku hanya tulang tibia yang dipotong dan ada kesan potong dalam x-ray . nnt aku uploadkan gambar x-ray aku . tu pun kalau pelajar tu datang lagi . huh , betol betol pelik . lama lagi la aku kat hospital ni nampaknyaa . betol betol seksa dunia lahh semua ni . but , aku redha . mungkin salah aku yang boleh patah tu , mungkin aku bnyk gerak sgt . seriously , aku sangat kecewa bila tahu semua ni . then aku pulak ada tanda tanda penyakit buah pinggang pulak . mmg dugaan semua ni .

Friday, 9 March 2012 @ 14:31

assalamualaikum pembaca blog aku . hitung - hitung , masa semakin berlalu . lagi 3 hari aku kena pergi kelantan untuk pemeriksaan seterusnya di Hospital USM kubang kerian . hospital aku dilahirkan . aku kembali ke sana .
apa akan jadi kelak aku sendiri tak tahu . hanya Tuhan yang tahu . 12.32012 , hari Isnin , aku ada temujanji dengan bahagian plastic surgery . mungkin hari isnin tu jugak aku akan didaftarkan untuk masuk ke wad . sebab , aku diberitahu oleh doktor di Hospital Taiping , aku ke Hospital Kelantan untuk membuat pemedahan tampal kulit atau tampal isi , dan aku diserahkan ke bahagian plastic surgery untuk macam mana cara nak sambung tulang kering aku yang patah ni . tu keterangan dari doktor hospital taiping . risau aku . berapa lama pulak aku nak ada dalam wad kat hospital kelantan tu . seriously , aku sebenarnya dah takut nak buat pemedahan , dah takut nak masuk dewan bedah , dah takut nak di cucuk - cucuk ni . sbb aku masih fikirkan bila aku sesak nafas masa pemedahan tengah dilakukan . aku tak nak benda tu berulang lagi . aku hanya mampu berdoa supaya Allah kuatkan semangat aku . aku serahkan segalanya kepadaNya . ajal ditangan Tuhan . kita tak boleh berbuat apa .  

aku sayang keluarga aku . aku sayang kawan aku , aku sayang girl aku . aku sayang semua orang yang aku kenal . kalau esok , aku tinggalkan korang semua , aku mintak korang maafkan semua kesalahan aku jika aku ada salah dengan korang . aku bangga dapat hidup dalam dunia ni dengan orang yang sentiasa sayang aku .

urm , sejak 2 minggu ni aku hilang selera makan . aku selalu dop sendiri tak bercakap dgn org sangat . badan aku terasa lemah sangat . yee , mungkin badan aku tak cukup darah kot . tidur pon tak nyenyak . aku selalu terbangun bangun . mmg tak boleh tidur lah . ape kena dengan aku pon tak tahu . terasa beban semua ni bagi aku . tapi aku redha dengan semua ni . aku sabar , Allah ingin hapuskan dosa dosa lampau aku . aku tahu , Allah sayang aku . untuk keluarga aku , aman minta maaf jika selama ni aman ada buat salah pada mak , abah , abang dan kakak . harap boleh maafkan segala dosa aman .

maafkan semua kesalahan aku jika aku ada buat salah . 
aku sayang semua orang yang aku kenal dalam dunia ini .
harap kesalahan aku dapat dimaafkan .
assalamualaikum .

Saturday, 11 February 2012 @ 21:03


alhamdulillah , lepas 35 hari aku dalam wad . aku dibenarkan balik rumah . 8.2.2012 malam aku balik . seronok bila dapat balik . tapi aku dibenarkan balik bukan untuk seronok seronok . nak seronok seronok macam mana pon , aku pon tak bole berjalan . berdiri pon orang kena pegang . aku dibenarkan dop rumah 13 hari je .aku boleh balik ke rumah sebab doktor cakap badan aku terlalu kurus . jadi doktor suruh aku balik rumah n makan untuk naikkan badan . aku juga kena makan makanan yang berkhasiat sebab nak cepatkan pertumbuhan isi kaki aku . kalau isi kaki aku dah tumbuh banyak , aku tak perlu buat pembedahan ambil isi dan otot untuk tampal kat kaki aku , cuma ambil kulit kat peha kanan  pastu tutup luka kat kaki kiri . dan la aku pedih 4 , 5 hari sbb amik kulit ni . paling aku takot pembedahan ambil isi n otot . sbb badan aku kurus laa , tu yg doktor suruh balik makan banyak2 . doktor cakap nak ambik isi dekat dada , dekat dengan ketiak aku . yaAllah . cacat lah bahagian tu nnt . aku taknak buat operation tu , takot sangat . harap harap isi kaki kanan aku ni cepat lah tumbuh . aku harap lagi satu , supaya aku boleh berjalan lagi . aku takot sangat sekarang , sebab jari kaki kiri aku tak boleh bergerak . lutut aku pon tak boleh bengkok . harap aku kembali kepada yang asal .